Tahun lepas, eGG Network melancarkan ACE (Alliance Of Campus Esports) yang mana ianya adalah initiatif mereka untuk mengembangkan industri e-sukan di kalangan pelajar universiti.

Dengan berkembangnya e-sukan di Malaysia, eGG Network hari ini mengumumkan bahawa mereka akan terus mengembangkan lagi ACE tersebut untuk tahun kedua ini dengan melancarkan ACE Varsity, iaitu satu portal khas buat pekerjaan dan kurikulum permainan e-sukan.

Pelancaran ini mendapat kerjasama bersama UMobile, Illegear dan juga Malaysia Youth Community (MYC!). Tambahan itu, portal ini juga disokong khas oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Menurut Jason Ko, ketua pegawai ekskutif MYC! menyatakan bahawa bekerjasama bersama lebih dari 160 universiti di Malaysia untuk membawa e-sukan buat pelajar-pelajar.

Melalui ACE Varsity, eGG Network akan menyediakan satu kurikulum khas di atas -talian di mana pelajar berupaya untuk mengetahui dan mempelajari berkenaan e-sukan dengan lebih lanjut dan pada masa yang mereka akan menyediakan sijil khas buat mereka yang berjaya melengkapkannya. Seperti pendidikan lain, kurikulum tersebut juga akan menyertakan beberapa peringkat berdasarkan tahap kurikulum tersebut.

Antara topik-topik yang terdapat di dalam kurikulum tersebut terdiri daripada konsep, pengurusan acara e-sukan, bisnes e-sukan sehinggalah penstriman permainan video.

Selain itu, melalui laman yang sama, eGG Network juga menyediakan satu portal khas untuk pelajar mencari bidang kerja mahupun latihan amali yang berkaitan dengan permainan video e-sukan. Laman tersebut dihasilkan khas buat pelajar yang mendaftar diri di ACE.

Dengan pelancaran ini, eGG Network dan MYC! juga berharap agar industri e-sukan akan terus berkembang dengan pelancaran ACE Varisity di mana ianya akan mengukuhkan lagi komuniti dan memberi lebih banyak peluang bersama pendedahan industri e-sukan buat pelajar.

Selain itu, acara ‘Campus Invasion’ untuk tahun ini juga diteruskan dengan kejohanan di universiti seluruh Malaysia bermula UiTM Shah Alam yang berlangsung minggu ini dan UTM Johor yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Semestinya ini adalah satu perkara yang harus dipuji oleh pihak eGG Network di mana initiatif ini pasti akan mengembangkan lagi industri e-sukan di negara Malaysia ini. Bukan setakat itu sahaja, perkembangan ini juga sudah pasti akan membawa Malaysia satu lagi langkah ke hadapan untuk industri tersebut.

Bagi anda yang ingin mendaftarkan diri untuk program ACE Varsity dan mengetahui informasi lanjut berkenaannya, anda boleh ke laman rasmi ACE di bawah.

Layari: ACE oleh eGG Network


Sohor Kini