Seperti yang kita sedia maklum, permainan Call Of Duty akan dilancarkan setiap tahun sekitar bulan Oktober di mana tahun lepas, Activision melancarkan Call Of Duty: Black Ops 4 yang mendapat sambutan baik oleh kalangan pemain.

Terkini, tampaknya Call Of Duty seterusnya bagi tahun 2019 diura-urakan tampaknya bakal memfokuskan siri Modern Warfare.

Ura-ura ini bermula di mana terdapat beberapa pemain ragbi Amerika yang berkongsi mereka berkesempatan untuk bermain permainan seterusnya Call Of Duty di acara tertutup oleh Activision. Melaluinya, mereka sempat berkongsi satu video yang mana terdapat beberapa kata nama dan bunyian seakan permainan Modern Warfare.

Menariknya juga, melalui video tersebut terdapat juga satu ayat ‘Modern Warfare 4’ diperkatakan sekaligus membuatkan permainan seterusnya Call Of Duty, semestinya adalah Call Of Duty Modern Warfare 4, iaitu permainan sekuel kepada Call of Duty Modern Warfare 3 yang dilancarkan pada tahun 2011 lepas.

Ura-ura tersebut menjadi lebih hangat apabila Robert Bowling, iaitu pengurus komuniti untuk Infinity Ward, mengacahkan buat peminat bahawa siri Modern Warfare mungkin akan dilancarkan tahun ini di Twitter.

Meskipun begitu, kesemua ini masih lagi ura-ura dan pengumuman rasmi oleh Activision masih belum dikongsikan. Kami di Aksiz percaya pengumuman permainan Call Of Duty seterusnya mungkin akan tiba dalam masa terdekat ini memandangkan acara E3 2019 semakin hampir. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini