Informasi Permainan Video Terkini
Atlus Berkongsi Senarai DLC Buat Persona Q2: New Cinema Labyrinth Bersama Video Acah Baharu

Atlus Berkongsi Senarai DLC Buat Persona Q2: New Cinema Labyrinth Bersama Video Acah Baharu

Diterbitkan pada Apr 30, 2019 oleh .

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Persona Q2: New Cinema Labyrinth akan dilancarkan pada Jun ini eksklusif di konsol Nintendo 3DS. Permainan tersebut sebelum ini dilancarkan buat pasaran Jepun dan kini buat pasaran global, ianya akhirnya bakal dilancarkan.

Bersempena dengan pelancaran yang semakin hampir tersebut, Atlus minggu ini berkongsi satu video acah khas yang mana mereka memperlihatkan watak-watak Persona daripada permainan Persona sebelum ini akan tiba buat permainan tersebut.

Selain daripada video acah tersebut, Atlus juga berkongsi senarai DLC yang bakal tiba secara bersama buat permainan tersebut apabila ianya dilancarkan Jun kelak. DLC-DLC tersebut akan dijual secara berasingan bermula dengan harga $0.99(~RM5) sehinggalah $2.99(~RM13) untuk setiap satu. Berikut adalah senarai DLC yang disertakan.

  • Sub-Persona: Orpheus Picaro
  • Sub-Persona: Messiah Picaro
  • Sub-Persona: Thanatos
  • Sub-Persona: Thanatos Picaro
  • Sub-Persona: Izanagi Picaro
  • Sub-Persona: Magatsu-Izanagi
  • Sub-Persona: M. Izanagi Picaro
  • Sub-Persona: Kaguya
  • Sub-Persona: Kaguya Picaro
  • Sub-Persona: Ariadne
  • Sub-Persona: Ariadne Picaro
  • Sub-Persona: Tsukiyomi
  • Sub-Persona: Tsukiyomi Picaro
  • Sub-Persona: Asterius
  • Sub-Persona: Asterius Picaro
  • Navi: Elizabeth & Theodore
  • Navi: Margaret & Nanako
  • Navi: Justine & Caroline
  • Battle BGM: Persona 3 Set
  • Battle BGM: Persona 4 Set
  • Battle BGM: Persona 5 Set
  • Accessory: Experience Up
  • Accessory: Money Up
  • Accessory: Encounter Control
  • Item: Level Up Set
  • Item: Gourmet Set
  • Item: Movie Snack Set

Bagi anda yang pernah bermain permainan Persona Q: Shadow Of Labyrinth sebelum ini, permainan Persona Q merupakan permainan sampingan buat siri Persona yang penceritaanyannya tersendiri. Dari segi grafik, permainan ini mempunyai rekaan visual yang lebih comel dan bentuk permainan yang lebih ke arah dungeon crawler.

Persona Q2: New Cinema Labyrinth kali ini akan memfokuskan watak-watak dari Persona 3, Persona 3 Portable, Persona 4 dan juga Persona 5. Selain itu, permainan ini juga bakal mempunyai penceritaannya tersendiri dan merupakan sambungan untuk Persona Q: Shadow Of Labyrinth.

Bagi anda yang meminati siri Persona, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini menjelang Jun kelak.


TIPS & ULASAN