Skip to main content

Bagi anda yang meminati kenderaan serba rupa bumi (ATV) ataupun kenderaan luar jalan raya, Big Ben Interactive hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu permainan perlumbaan, Overpass yang memfokuskan bentuk luar jalan raya tersebut.

Overpass merupakan permainan perlumbaan yang memfokuskan simulasi bentuk luar jalan raya di mana pemain akan memandu kenderaan dengan litar ekstrem dan berbahaya.

Dengan enjin permainan yang realistik, pembangun permainan ini menjanjikan pelbagai bentuk perlumbaan yang pemain boleh lakukan dengan pelbagai kenderaan serba rupa bumi yang terdiri daripada pelbagai jenama seperti Yamaha, Suzuki dan Artic Cat.

Menurut pembangun, permainan ini juga akan menyertakan mod solo yang mana pemain boleh berlatih dan menyertai kejohanan yang terdapat di dalam permainan tersebut untuk menarik minat penaja. Selain itu, permainan ini juga akan mempunyai mod multi-pemain yang pemain boleh berlumba sesama pemain lain.

Overpass diumumkan bakal tiba Oktober 2019 ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Leave a Reply