Informasi Permainan Video Terkini
Filem Avengers: Endgame Berjaya Mengutip RM4.9 Bilion Dalam Masa Kurang Satu Minggu

Filem Avengers: Endgame Berjaya Mengutip RM4.9 Bilion Dalam Masa Kurang Satu Minggu

Diterbitkan pada Apr 29, 2019 oleh .

Dalam masa 11 tahun, Disney dan Marvel sudah mempunyai 22 filem yang berkait rapat dan juga bersambung antara satu sama lain. Filem Avengers: Endgame adalah kesimpulan kepada kesemua 21 filem MCU. Filem ini adalah filem yang paling hangat, banyak menjadi perbualan orang ramai dan juga sehingga hari ini di media sosial – ramai lagi masih bercakap mengenai filem ini.

Jika dari tarikh 2 April sehingga 23 April, kutipan jualan tiket Avengers: Endgame telah mencapai RM10 Juta – bagaimana pula dengan kutipan dunia? Filem ini sehingga hari ini, baru 6 hari di pawagam dan kutipan Box Office dunia kini telah mencapai $1.2 Bilion – iaitu sekitar RM4,957,800,000. Dengan jumlah kutipan ini, filem ini secara tidak langsung menjadi filem dengan kutipan tertinggi dunia dalam tempoh yang singkat dan juga filem yang mempunyai sambutan terhebat.

Untuk perbandingan yang mudah difahami, Avengers: Infinity War hanya berjaya mengumpul $2 Bilion sepanjang tempoh filem ini ditayangkan. Avenegrs: Endgame hanya lima hari sudah mencapai$1.2 Bilion. Menurut sumber, filem ini dijangka akan mengutip lagi lebih $500 Juta untuk minggu ini. Saya tidak dapat bayangkan, jika filem ini sudah tamat ditayangkan – berapakah kutipannya?


TIPS & ULASAN