Skip to main content

Rage 2 merupakan permainan seterusnya oleh Bethesda Softworks dan ia dibangunkan oleh Avalanche Studios dan id Software. Terkini, dengan pelancarannya yang semakin hampir, Bethesda berkongsi satu video khas yang memperlihatkan gambaran keseluruhan buat permainan tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Rage 2 merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk dunia terbuka. Melaluinya, pemain bukan sahaja akan bertempur dengan senjata api, malah pemain juga berupaya untuk memandu pelbagai jenis kenderaan dan meneroka dunia tersebut.

Melalui video di atas, Bethesda Softworks juga memperlihatkan sebilangan kandungan yang bakal tiba di dalam permainan tersebut seperti senjata-senjata futuristik dan pelbagai kemahiran yang pemain boleh lakukan. Mereka juga memperlihatkan sedikit sebanyak kandungan penceritaan dan mengesahkan bahawa pemain tidak perlu bermain permainan sebelum ini untuk memahami penceritaannya.

Bagi anda yang ingin dapatkan permainan Rage 2, ianya akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Mei 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply