Informasi Permainan Video Terkini
Figura S.H.Figuarts Advanced Suit Dari Marvel’s Spider-Man Bakal Dilancarkan September Ini

Figura S.H.Figuarts Advanced Suit Dari Marvel’s Spider-Man Bakal Dilancarkan September Ini

Diterbitkan pada Apr 29, 2019 oleh .

Bagi anda yang penggemar mengumpul figura, Bandai Spirits minggu ini mengumumkan mereka akan melancarkan figura khas S.H. Figuarts berdasarkan watak Spider-Man dengan Advanced Suit daripada permainan Marvel’s Spider-Man yang dilancarkan tahun lepas.

Seperti kebanyakkan figura S.H. Figuarts yang dilancarkan sebelum ini, figura Spider-Man ini akan menyertakan bentuk artikulasi yang banyak seperti keupayaan untuk menghasilkan gaya bentuk seperti di dalam permainan tersebut.

Menariknya juga, figura ini juga akan menyertakan pelbagai aksesori seperti web Spider-Man, Spider-Drone, bentuk kepala dan mata yang berbeza bersama-sama dengan bentuk tangan berbeza.

Menurut Bandai Spirits figura ini akan dilancarkan pada September 2019 ini dan ia berharga ¥5,480(~RM203). Bagi anda yang berminat, anda boleh menempahnya di laman rasmi AmiAmi ataupun mana-mana pengedar rasmi Bandai Spirits.


TIPS & ULASAN