Ketika acara persembahan konsert Kingdom Hearts Orkestra yang berlangsung minggu ini di Jepun, Tetsuya Nomura mengumumkan DLC dan kandungan tambahan buat permainan Kingdom Hearts 3 akan tiba tidak lama lagi.
Menurut laporan Polygon, DLC tersebut sedikit sebanyak seperti versi Final Mix buat permainan Kingdom Hearts sebelum ini di mana Square-Enix akan menyertakan beberapa kandungan buat permainan Kingdom Hearts 3 seperti episod tambahan, episod rahsia, ketua musuh rahsia dan senario penceritaan yang dinamakan ReMIND.
Mereka juga menyatakan bahawa bagi pasaran Jepun, DLC ini juga akan menyertakan pilihan suara bahasa Inggeris. Buat masa ini, tarikh pelancaran dan harga masih belum diumumkan. Namun, mereka mengesahkan bahawa akan terdapat DLC lain seperti senjata Keyblade baharu akan disertakan secara percuma.
Bagi anda yang masih bermain Kingdom Hearts 3, Square-Enix juga sebelum ini baru sahaja melancarkan mod Critical, iaitu tahap kesukaran yang lebih mencabar dan beberapa kemaskini lain.
Kingdom Hearts 3 merupakan permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh Square-Enix di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Permainan tersebut mendapat sambutan ramai dengan bentuk rentas-francais antara watak Disney dan Square-Enix dan kami di Aksiz juga telah pun membuat-ulasannya dimana anda boleh membaca atau menontonnya di bawah.