Informasi Permainan Video Terkini
Olympic Games Tokyo 2020: The Official Video Games – Menyertakan 15 Acara Sukan Rasmi Olimpik

Olympic Games Tokyo 2020: The Official Video Games – Menyertakan 15 Acara Sukan Rasmi Olimpik

Diterbitkan pada Apr 28, 2019 oleh .

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, SEGA bakal melancarkan 4 permainan sukan Olimpik khas di mana salah satunya adalah permainan Olympic Games Tokyo 2020: The Official Video Games. Terkini, SEGA berkongsi 15 acara sukan yang bakal mereka sertakan dan juga kandungan lain yang bakal tiba buat permainan ini melalui satu video acah baharu.

Melalui permainan ini, SEGA akan menyertakan 15 acara sukan yang berbeza di mana pemain berupaya untuk bermain sesama pemain lain secara luar-talian dan juga atas-talian. Selain itu, terdapat beberapa mod yang pemain boleh mainkan seperti mod Olimpik, mod latihan dan juga mod berkedudukan.

15 acara sukan yang disertakan di dalam permainan Olympic Games Tokyo 2020: The Official Video Games adalah:

  • Lari Pecut 100 Meter
  • Lari Berpagar 100 Meter
  • Renang 100 Meter
  • Renang 200 Meter
  • Lompat Jauh
  • Lontar Tukul Besi
  • Besbol
  • Bola Sepak
  • Bola Keranjang
  • Bola Tampar Pantai
  • Boxing
  • BMX
  • Tenis
  • Tenis Beregu
  • Ping Pong
  • Ping Pong Beregu

Dari segi tarikh pelancaran, SEGA masih belum berkongsikannya. Namun menurut mereka, ianya bakal tiba tahun hadapan di Playstation 4 dan Switch.


TIPS & ULASAN