Skip to main content

Sebelum ini, Gun Media mengacahkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seram seterusnya iaitu Layers Of Fear 2 pada tahun ini. Terkini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan iaitu ia bakal tiba 28 Mei 2019 ini di Playstation4 , Xbox One dan PC melalui Steam.

Seperti permainan Layers Of Fear sebelum ini, permainan kedua kali ini akan memfokuskan bentuk seram dengan penceritaan ngeri yang memfokuskan psikologi yang pasti akan menakutkan pemain.

Menariknya, seperti yang diacahkan oleh mereka sebelum ini, permainan ini kelihatan akan memfokuskan lokasi yang berada di dalam bot dan pemain perlu meneroka dan menyelesaikan misteri penceritaan berdasarkan lokasi tersebut.

Bagi anda yang meminati permainan bergenre seram, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini menjelang bulan hadapan.

Leave a Reply