Frontier Developments, iaitu pembangun yang terkenal dengan permainan simulasi taman tema Jurassic World Evolution minggu ini mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu Planet Zoo.
Seperti permainan mereka sebelum ini, Planet Zoo adalah permainan simulasi pembinaan di mana pemain berpeluang untuk menghasilkan Zoo mereka sendiri. Melaluinya, pemain bukan sahaja perlu menghasilkan zoo yang baik untuk haiwan, malah pemain juga berupaya untuk mengawal pelbagai pengurusan zoo dan pada masa yang sama berkongsi kreativiti pemain sesama pemain lain melalui komuniti permainan yang bakal tiba di dalam permainan ini.
Buat masa ini tarikh pelancaran permainan ini masih belum diumumkan, namun menurut Frontier Developments ianya bakal tiba suku ketiga tahun ini khas di PC.