Bermula minggu lepas sehingga semalam, Ubisoft menawarkan Assassin’s Creed Unity secara percuma sebagai memperingati kejadian kebakaran gereja besar Notre-Dame.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, permainan tersebut telah dimuat-turun sebanyak 3 juta kali semasa penawaran itu. Bagi pemain yang membeli permainan tersebut 2 hari sebelum ia ditawarkan percuma, Ubisoft memulangkan wang kepada mereka.

Selain itu Ubisoft menderma sebanyak €500 ribu (RM2.3 juta) untuk usaha membaik pulih. Mereka juga menyatakan mereka bersedia menyediakan kepakaran mereka di dalam membantu usaha tersebut jika diperlukan.

Sohor Kini