Skip to main content

A Hat in Time merupakan permainan aksi pengembaraan platformer yang dibangunkan oleh Gears for Breakfast dilancarkan pada tahun lepas untuk PC, Playstation 4 dan Xbox One. Versi Switch dijangkakan tiba pada tahun ini.

Hari ini, Gears for Breakfast mengumumkan DLC berbayar kedua selepas Seal the Deal yang dikeluarkan pada September tahun lepas. Seperti DLC tersebut, DLC ini juga dikeluarkan terlebih dahulu untuk PC.

DLC Nyakuza Metro + Online Party akan menyertakan peringkat baharu, 10 Time Pieces baharu, sistem pelekat serta flair, pewarna, senjata, dan Time Rift baharu.

Menariknya, ia juga menyertakan Online Party yang membolehkan anda bermain permainan tersebut bersama dengan rakan secara dalam talian seramai 50 pemain. Jika ingin bermain dengan pemain lain secara rawak, ia hanya terbuka kepada 3 pemain sahaja.

DLC ini akan tiba untuk PC bermula 11 Mei 2019 dan boleh di pra-tempah dengan harga RM17.50.

Leave a Reply