Informasi Permainan Video Terkini
Berkas Playstation VR Beat Saber Menyertakan Set Lengkap VR Dengan Harga RM1,379

Berkas Playstation VR Beat Saber Menyertakan Set Lengkap VR Dengan Harga RM1,379

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Beat Saber merupakan permainan realiti maya irama yang sudah dikeluarkan untuk Playstation 4 pada 7 Mac lepas. Sony Interactive Entertainment (SIE) hari ini mengumumkan berkas Playstation VR bersama dengan permainan tersebut.

Berkas PS VR Beat Saber All-in-One tersebut dijual dengan harga RM1,379 dan akan dipasarkan bermula 10 Mei 2019. Ia akan menyertakan permainan Beat Saber itu sendiri secara digital (yang bernilai RM125), PS VR Headset, PlayStation Camera, dua alat kawalan Move Motion.

Dengan harga tersebut, boleh dikatakan pemain akan mendapat dua alat kawalan Move Motion dan permainan Beat Saber secara percuma. Jika anda berminat, berkas ini boleh didapati di mana-mana pengedar rasmi Sony dan PlayStation.


TIPS & ULASAN