Atlus akhirnya mengumumkan secara rasmi mengenai permainan misteri mereka yang sebelum ini dikenali sebagai Persona 5 S. Hasil kerjasama bersama dengan Koei Tecmo mereka mengumumkan Persona 5 Scramble: The Phantom Strikes untuk Playstation 4 dan Switch.
Ia merupakan permainan musou seperti Dynasty Warriors yang akan memerlukan pemain bertempur dengan gerombolan penjahat. Berdasarkan video yang diperlihatkan, pemain juga berkeupayaan memanggil persona selain bertempur menggunakan serangan biasa.
Buat masa ini informasi mengenai tarikh pengeluaran masih tidak diumumkan. Kami akan laporkan apabila maklumat lanjut dikongsi-kan kelak.