Informasi Permainan Video Terkini
Mod Endgame Di Dalam Fortnite Adalah Pertempuran Antara Pasukan Thanos Melawan Pasukan Avengers

Mod Endgame Di Dalam Fortnite Adalah Pertempuran Antara Pasukan Thanos Melawan Pasukan Avengers

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Epic Games akhirnya berkongsi lanjut mengenai acara khas Fortnite berdasarkan filem Avengers:Endgame. Melalui acara masa terhad iaitu mod Engame, pemain akan menjadi pasukan Thanos ataupun pasukan Avengers.

Pasukan Thanos pada awal permainan akan terdiri daripada 4 Chitauri, pemain daripada pasukan tersebut yang terdahulu menjumpai infinity stone akan bertukar menjadi Thanos. Jika Thanos terbunuh, seorang daripada Chitauri lain akan bertukar menjadi Thanos.

Chitauri akan bermula dengan laser rifle, bom dan jetpack. Manakala Thanos akan mempunyai tumbukan yang kuat, serangan beam dan kebolehan untuk melompat tinggi dan menghempap apabila kembali ke bawah.

Objektif untuk pasukan Thanos adalah mencari keenam-enam infinity stone, menariknya setiap infinity stone akan memberikan Thanos pelbagai kuasa tambahan iaitu;

  • Reality Stone (Merah) – Nyawa dan Perisai akan menjadi 2 kali ganda lebih tinggi
  • Soul Stone (Jingga) = Memberi Siphon kepada Thanos
  • Mind Stone (Kuning) = Boleh melompat 2 kali ganda lebih tinggi
  • Space Stone (Biru) = Kawasan kuasa hempapkan meningkat meningkat 3 kali ganda dan kerosakan meningkat 6 kali ganda.
  • Time Stone (Hijau) = Pukulan kebelakangkan meningkat dan kekuatan meningakat 3 kali ganda.
  • Power Stone (Ungu) = serangan beam berkuasa 6 kali ganda.

Setelah pasukan Thanos mendapatkan kesemua infinity stone, pasukan Avengers tidak lagi hidup semula selepas terbunuh. Pasukan Thanos akan memenangi pertempuran apabila mendapatkan kesemua infinity stone dan membunuh kesemua pasukan Avengers.

Bagi pasukan Avengers mereka akan bermula dengan peta untuk mendapatkan satu barangan mistik Avengers iaitu Stormbreaker, panah Hawkeye, sarung tangan Ironman dan perisai Captain America. Barangan-barangan lain pemain perlu mencarinya di dalam peti. Objektif pasukan Avengers adalah untuk membunuh kesemua Chitauri dan Thanos.


TIPS & ULASAN