Skip to main content

Kali pertama kita lihat Tessa Thompson dan Chris Hemsworth berganding bahu dalam satu filem yang sama adalah Thor Ragnarok pada tahun 2017, sebagai Valkyrie dan Thor. Tetapi, mereka berdua turut menjadi watak utama dalam filem lain – iaitu Men In Black International.

Baru-baru ini, video acah terbaru buat filem ini telah diterbitkan. Kali ini ia mempertontonkan sedikit asal-usul Agent M dan bagaimana beliau menjadi ejen Men In Black. Kita juga dapat lihat yang Agent M akan terlibat dengan makhluk asing dan secara tidak langsung turut memperlihatkan aksi hebat antara Agent H dan Agent M.

Filem ini secara asasnya adalah filem francais Men In Black, cuma ia bukan di Amerika Syarikat. Filem ini akan memfokuskan cawangan Men In Black di London. Tessa akan berlakon sebagai Agent M dan Chris pula berlakon sebagai Agent H. Agent M adalah ahli baru Men In Black dan ditugaskan ke London untuk bertemu dengan Agent H. Secara tidak langsung mereka berdua terlibat dengan konspirasi dunia.

Selaim itu, filem ini turut akan memperlihatkan Liam Neeson sebagai High T – iaitu ejen veteran Men In Black. Filem ini akan ditayangkan pada 16 Jun kelak, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply