Skip to main content

Stan Lee adalah seorang pencipta komik. Banyak filem-filem Marvel di luar sana, sama ada dalam MCU atau tidak adalah inspirasi daripada antara komik yang Stan Lee hasilkan. Bukan itu sahaja, Stan Lee turut mempunyai penampilan khas dalam filem-filem ini.

Stan Lee sudah pun meninggal dunia pada 13 November. Sebagai tanda penghormatan, Marvel Studios’ telah kumpulkan semua video di sebalik tabir penampilan khas Stan Lee, termasuk video-video B-Roll dan rakaman-rakaman lain untuk digabungkan dalam satu video khas yang akan diterbitkan secara atas talian kelak.

Video ini turut akan menyertakan adegan terpadam dalam filem Avengers pertama. Di mana Steve Rogers bertemu dengan Stan Lee di sebuah kafe. Tiada lagi tarikh, tetapi kemungkinan besar saya jangkakan ia akan diterbit di saluran YouTube Marvel’s Entertainment.

Leave a Reply