Tahun lepas, THQ Nordic melancarkan permainan Red Faction Guerrilla Re-Mars-Tered, iaitu permainan pernambah-baikkan untuk Red Faction Guerrilla di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Asalnya permainan tersebut dilancarkan di Playstation 3, Xbox 360 dan PC pada 2009 lepas.

Terkini, mereka mengumumkan bahawa permainan tersebut kini juga akan tiba di Switch yang mana menurut THQ Nordic, ianya bakal tiba 2 Julai 2019 ini.

Permainan Red Faction Guerrilla Re-Mars-tered akan bertempatkan 50 tahun selepas siri asal Red Faction yang pertama dimana pemain akan mengembara di kawasan dunia terbuka di planet Marikh. Melalui permainan ini, pemain akan bertempur bersama berupaya untuk memusnahkan pelbagai kawasan dan bangunan.

THQ Nordic menyatakan bahawa versi pernambah-baikkan ini akan dinaik-taraf dari segi visual grafik dengan tekstur baru dan juga peningkatan visual pencahayaan dan bayangan. Menariknya, versi Switch ini juga akan menyertakan sokongan kawalan secara pergerakkan dengan menggunakan alat kawalan JoyCon.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh membelinya menjelang Julai ini dengan harga $29.99(~RM124) melalui Nintendo eShop.

Sohor Kini