Skip to main content

Siri TV ‘Pennyworth’ mengisahkan sejarah hidup Alfred pada tahun 1960-an dan berada di London (versi Gotham). Siri ini juga akan memperlihatkan bagaimana Alfred bangunkan syarikat sekuriti tersendiri beliau. Alfred Pennyworth versi ini akan dilakonkan oleh Jack Bannon bersama-sama dengan Ben Aldridge sebagai Thomas Wayne versi muda.

Terkini, video acah buat siri ini telah diperlihatkan. Siri ini diterbit oleh Danny Cannon dan Bruno Heller, di mana mereka berdua adalah penerbit eksekutif yang bertanggungjawab menjayakan siri TV Gotham. Jadi, dengan pengalaman dari Gotham – siri Pennyworth mungkin akan menjadi menarik.

Siri ini akan memfokuskan pembangunan watak Alfred Pennywoth. Bagaimana seorang bekas askar boleh berjaya bangunkan syarikat sendiri dan kemudian bagaimana seorang bekas askar menarik perhatian usahawan seperti Thomas Wayne. Dalam video ini turut kelihatan Thomas mengupah Alfred untuk sesuatu tugas.

Siri TV ini akan disiar di Epix secara eksklusif dan tidak pasti jika ia akan disiarkan di platform lain. Siri ini akan mula disiarkan pada 28 Julai kelak.

Leave a Reply