Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Switch Terjual Sebanyak 34.74 Juta Unit Setakat 31 Mac 2019

Nintendo Switch Terjual Sebanyak 34.74 Juta Unit Setakat 31 Mac 2019

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Nintendo melalui laporan kewangan mereka mengumumkan yang setakat 31 Mac 2019, konsol Nintendo Switch telah terjual sebanyak 34.74 juta unit secara global.

Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 2.46 juta unit berbanding 32.28 juta unit yang terjual setakat 31 Disember 2017.Jumlah tersebut menjadikan Switch terjual 4 juta lebih kurang berbanding sasaran awal mereka untuk menjual 20 juta unit sepanjang tahun fiskal 2018-2019.

Perkara tersebut sudah dijangkakan oleh Nintendo yang membuat sasaran baharu iaitu sebanyak 17 juta unit, di mana mereka kekurangan 120 ribu sahaja daripada jumlah tersebut.

Nintendo juga mengumumkan sasaran mereka bagi penjualan Switch untuk tahun fiskal 2019-2020 adalah 18 juta unit. Dengan ura-ura mengatakan mereka bakal hadir dengan versi yang lebih murah serta penambah-baikkan untuk versi sedia ada, mungkin momentum penjualan konsol tersebut akan lebih baik.


TIPS & ULASAN