Informasi Permainan Video Terkini
Swamp Thing Adalah Siri TV DC Seram Dengan Elemen Beauty And The Beast

Swamp Thing Adalah Siri TV DC Seram Dengan Elemen Beauty And The Beast

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Swamp Thing adalah siri TV eksklusif untuk platform penstriman DC Universe. Siri ini akan mengisahkan mengenai makhluk bernama Swamp Thing, yang mana adalah seorang manusia yang dijangkiti virus berkait dengan hutan paya.

Siri ini dikatakan adalah satu siri seram, yang mana penerbit eksekutifnya adalah James Wan. Kita sudah tahu yang James Wan memang pakar dalam filem seram dan filem adiwira James Wan pernah mengarah filem Aquaman. Dengan pengalaman beliau, siri TV Swamp Things mungkin adalah unik dan hebat.

Cuma, ada kemungkinan besar siri TV ini tidak akan berkait dengan mana-mana siri TV yang sebelum ini. Namun, ia belum lagi disahkan. Siri TV ini akan mengambil inspirasi daripada komik Alan Moore – The Saga of the Swamp Thing. Akan tetapi, James Wan turut akan masukkan sedikit elemen Beauty and The Beast. Agak pelik, tetapi logik.

Swamp Thing secara asas adalah manusia yang menjadi raksasa dan juga mempunyai kekasih. Jadi, proses beliau mencari semula nilai kemanusiaan diri inilah berasaskan Beauty and The Beast. Siri TV ini akan disiarkan di DC Universe pada 31 Mei 2019.


TIPS & ULASAN