Skip to main content

Starlink: Battle for Atlas yang merupakan permainan peperangan kapal angkasa yang diterbitkan oleh Ubisoft. Keunikan permainan ini adalah ia boleh menerima figura kapal angkasa permainan ini untuk mendapatkan pelbagai kandungan tambahan.

Bagi versi PC, pemain perlu menggunakan mount untuk Playstation 4 dan Xbox One. Namun, baru-baru ini Ubisoft mengumumkan yang mereka menghentikan penjualan figura untuk permainan tersebut dan hanya memfokuskan permainan itu sahaja.

Ubisoft turut berkongsi spesifikasi PC yang diperlukan untuk bermain permainan tersebut. Anda boleh membacanya di gambar yang disertakan di bawah.

Selain itu mereka juga mengumumkan bersama dengan versi PC tersebut penambahan percuma Crimson Moon akan tiba untuk semua platform. Ia akan menambah kawasan, misi penceritaan dan cabaran baharu bersama dengan perlumbaan secara solo ataupun secara koperasi.

Penambahan berbayar turut diumumkan yang menyertakan 5 juruterbang, tiga kapal dan 11 senjata baharu yang boleh dibeli. Bagi versi Switch ia juga menyertakan kandungan berdasarkan Star Fox.

Starlink: Battle for Atlas sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 16 Oktober 2019.

Leave a Reply