Bend Studio hari ini mengumumkan Days Gone yang akan mula dikeluarkan tengah malam ini bakal menerima DLC percuma yang akan menyertakan kesukaran dan acara baharu.

Semasa pelancaran, Days Gone akan mempunyai tiga tahap kesukaran iaitu Easy, Normal dan Hard. DLC percuma kelak akan menambah tahap kesukaran Survivor.

Melalui tahap kesukaran ini, pemain akan berpeluang untuk bermain dengan lebih sukar di mana, tiada perjalanan pantas, survivor vision tidak disertakan dan juga akan membuang peta daripada paparan depan. Pemain yang menghabiskan permainan menggunakan tahap kesukaran ini akan mendapat trofi serta kostum khas untuk motosikal.

Selain itu, setiap minggu bermula Jun kelak, terdapat beberaba cabaran Bike, Horde dan Combat baharu akan disertakan. Menyelesaikannya akan memberikan pemain pelbagai ganjaran.

DLC percuma ini akan dikeluarkan kepada semua bulan Jun ini, maklumat lanjut mengenai cabaran akan dikongsi kemudian.

Sohor Kini