Informasi Permainan Video Terkini
Super Mario Maker 2 Akan Dikeluarkan Pada 28 Jun 2019

Super Mario Maker 2 Akan Dikeluarkan Pada 28 Jun 2019

Diterbitkan pada Apr 25, 2019 oleh .

Februari lepas Nintendo mengumumkan yang Super Mario Maker 2 akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch pada bulan Jun tahun ini. Berdasarkan penyenaraian di Amazon UK, permainan tersebut diura-urakan tiba pada 14 Jun 2019.

Hari ini, Nintendo akhirnya mengumumkan secara rasmi yang ia akan tiba pada 28 Jun 2019. Bagi yang tidak biasa dengan permainan ini, ia adalah permainan platformer Super Mario akan tetapi rekaan peringkat adalah dibuka kepada semua pemain.

Melalui permainan ini, pemain boleh menghasilkan peringkat sendiri dan berkongsi dengan pemain lain ataupun menyelesaikan peringkat yang direka oleh pemain lain. Super Mario Maker yang pertama dikeluarkan pada tahun 2015 untuk 3Ds dan Wii U.


TIPS & ULASAN