Skip to main content

Atlus akhirnya berkongsi lanjut mengenai Persona 5 The Royal ataupun Persona 5 Royal untuk pasaran global yang diumumkan pada bulan lepas. Ia merupakan Persona 5 yang disertakan dengan pelbagai kandungan serta menggunakan enjin baharu.

Persona 5 Royal akan disertakan dengan satu watak baharu yang kami jangkakan ahli pasukan Phantom Thief iaitu Kasumi Yoshizawa seperti watak utama merupakan pelajar yang baru berpindah ke Shujin Academy.

Ia juga akan menyertakan watak baharu yang mempunyai confidant iaitu seorang kaunselor lelaki yang bekerja di Shujin Academy. Selain itu, permainan ini juga menyertakan grafik yang lebih baik dan menyokong PS4 Pro.

Persona 5 Royal diumumkan untuk pasaran Jepun pada 31 Oktober manakala untuk pasaran global pada tahun 2020 secara eksklusif untuk PS4. Atlus juga akan membuat pengumuman lanjut mengenai Persona 5 S malam ini.

Leave a Reply