Frostpunk Terjual Sebanyak 1.4 Juta Unit Selepas Setahun Dikeluarkan

Bersempena ulang tahun pertama permainan simulasi pembinaan Frostpunk, pembangun permainan tersebut iaitu 11 Bit Studios mengumumkan yang ia telah terjual sebanyak 1.4 juta unit.

Pencapaian ini bukanlah satu yang mengejutkan kerana sebelum ini kami melaporkan yang selepas 3 hari dikeluarkan ia telah terjual sebnayak 250 ribu unit.

Permainan ini dikeluarkan secara eksklusif untuk PC pada 24 April dan diumumkan akan dikeluarkan untuk Playstation 4 dan Xbox One pada suku ketiga tahun ini.

Sohor Kini