Sebelum ini Bandai Namco mengumumkan yang mana watak DLC seterusnya buat Dragon Ball FighterZ adalah Goku dari Dragon Ball GT. Hari ini Bandai Namco akhirnya mengumumkan bahawa watak DLC tersebut akan dilancarkan pada 9 Mei 2019.

Melalui watak Goku ini, pemain berupaya untuk menggunakan serangan Super Kamehameha di mana Goku akan bertukar kepada Super Saiyan ke-3. Menariknya juga, Goku juga berupaya untuk menukar kepada Super Saiyan ke-4 untuk melakukan serangan akhir seperti yang diperlihatkan di video atas.

Dragon Ball FighterZ telah pun dilancarkan tahun lepas di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami, anda boleh ke pautan dibawah.

Sohor Kini