Pada bulan Februari lepas kami melaporkan yang beberapa syarikat berminat untuk mendapat pegangan majoriti untuk syarikat penerbitan Nexon iaitu penerbit untuk permainan MapleStory dan Lawbreaker.

Antara syarikat yang dilaporkan telah membuat bidaan adalah EA, Amazon, Comcast dan Tencent. Hari ini, berdasarkan laporan oleh Korea Herald, pengasas Nexon Kim Jung-ju telah melakukan perbincangan secara terus dengan Disney untuk pengambil-alihan tersebut.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan Disney bakal mengambil alih syarikat permainan video yang terkemuka, adakah syarikat tersebut adalah Nexon?

Laporan mengenai penjualan Nexon mula dilaporkan pada Januari lepas apabila Kim Jung-ju ingin menjual pegangan beliau yang sebanyak 98.64%. Syarikat tersebut dinilaikan sebanyak $8.9 bilion (~RM36 bilion).

Sohor Kini