Informasi Permainan Video Terkini
DLC Seterusnya Untuk One Piece World Seeker Memfokuskan Watak Sabo Dan Trafalgar Law
PC

DLC Seterusnya Untuk One Piece World Seeker Memfokuskan Watak Sabo Dan Trafalgar Law

Diterbitkan pada Apr 24, 2019 oleh .

Minggu lepas kami melaporkan yang DLC pertama untuk One Piece World Seeker memfokuskan serta menjadikan Roronoa Zoro sebagai watak utama menggantikan Luffy di dalam permainan utama.

Minggu ini, maklumat lanjut mengenai DLC seterusnya untuk permainan tersebut menyatakan yang DLC kedua dan ketiga akan memfokuskan dua watak One Piece yang memiliki kuasa Devil Fruit iaitu Sabo dan Trafalgar Law.

DLC kedua dijangkakan akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini akan memfokuskan kepada watak Sabo mempunyai kuasa yang menjadikan beliau boleh bertukar menjadi api.

Manakala DLC ketiga pula akan menggunakan watak Trafalgar Law yang memiliki kuasa yang boleh mencipta satu bilik, dan dapat mengubah segala benda termasuk kedudukan badan manusia di dalam bilik tersebut. Ia sudah semestinya agak menarik untuk dilihat di dalam bentuk permainan video. DLC ini dijangkakan akan dikeluarkan pada akhir tahun ini.

Kesemua DLC tersebut boleh didapati melalui pas semusim ataupun dibeli secara berasingan dengan harga ¥1000 (~RM32) setiap satu. One Piece World Seeker sudah dikeluarkan pada 15 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN