Informasi Permainan Video Terkini
Doraemon: Story of Seasons Akan Dikeluarkan Di Malaysia Pada Suku Terakhir Tahun Ini

Doraemon: Story of Seasons Akan Dikeluarkan Di Malaysia Pada Suku Terakhir Tahun Ini

Diterbitkan pada Apr 24, 2019 oleh .

Bandai Namco Asia Tenggara mengumumkan permainan Doraemon: Story of Season akan dikeluarkan di Asia Tenggara termasuk juga Malaysia pada suku terakhir tahun ini dengan menyertakan sari kata dalam bahasa Inggeris. Ia akan dikeluarkan untuk PC dan Switch.

Permainan tersebut yang dikenali sebagai Doraemon: Nobita’s Story of Seasons akan dikeluarkan pada 13 Jun 2019 di pasaran Jepun, merupakan permainan simulasi dan pengembaraan berkebun bertemakan dunia siri Doraemon.

Permainan ini pertama kali diumumkan semasa Nintendo Direct Februari lepas dan sudah disahkan ia tidak akan menyertakan sistem perkahwinan seperti mana permainan siri tersebut yang lain.


TIPS & ULASAN