Informasi Permainan Video Terkini
Mahkamah Tertinggi Nepal Menyekat Pengharaman PUBG – Meminta Kerajaan Memberi Penjelasan Kukuh
PC

Mahkamah Tertinggi Nepal Menyekat Pengharaman PUBG – Meminta Kerajaan Memberi Penjelasan Kukuh

Diterbitkan pada Apr 24, 2019 oleh .

2 minggu lepas kami melaporkan yang kerajaan Nepal telah mengharamkan permainan PUBG atas alasan permainan tersebut menyebabkan ketagihan selain membuatkan pemain bersikap agresif.

Berdasarkan laporan The Himalayan Times, Mahkamah Tertinggi Nepal mengeluarkan arahan untuk menyekat pengharaman tersebut dan meminta kerajaan Nepal untuk menyediakan alasan dan bukti yang kukuh pengharaman tersebut.

Menurut Mahkamah Tertinggi, pengharaman tersebut adalah melanggar hak kebebasan untuk rakyat Nepal yang menjadikan permainan tersebut sebagai sebahagian daripada hiburan.

Kami menjangkakan pengharaman ini tidak akan berkekalan, jika memerlukan bukti yang kukuh agak sukar untuk mengaitkan permainan dengan sikap agresif pemain ataupun menyebabkan ketagihan.


TIPS & ULASAN