Saber Interactive dan Focus Home Interactive hari ini mengumumkan yang permainan aksi zombi mereka iaitu World War Z telah terjual sebanyak 1 juta unit selepas seminggu dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.
Walaupun mereka tidak berkongsi pecahan jualan berdasarkan platform, namun, CEO Saber Matthew Karch mengatakan beliau gembira dengan prestasi penjualan permainan tersebut di PC. Walaupun dikeluarkan secara eksklusif melalui Epic Games Store, permainan tersebut terjual sebanyak 250 ribu unit. Menurut Karch lagi, prestasi yang baik tersebut adalah kerana sokongan yang baik daripada Epic Games.
World War Z sudah dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC (Melalui Epic Games Store) pada 17 April 2019.