Semasa awal pengeluaran Anthem, kami mencuba permainan tersebut sehinggalah berlakunya masalah konsol terutup sendiri membuatkan kami menunda ulasan permainan ini.

Berdasarkan pengalaman kami yang sedikit tersebut, kami berpendapat Anthem mempunyai perkara yang sangat menyusahkan iaitu terlalu bergantung kepada hub iaitu Fort Tasis.

Setiap kali menyelesaikan sesuatu misi, perlu kembali terlebih dahulu ke Fort Tasis sebelum memulakan misi baharu, ini membuatkan kami melihat terlalu banyak skrin pemuatan.

Bioware hari ini mengumumkan yang melalui kemaskini 1.1.0 yang tiba hari ini, akan menyelesaikan masalah tersebut. Pemain kini boleh memilih kontrak semasa memulakan pengembaraan berbanding perlu pergi ke papan khas.

Pemain juga boleh memulakan misi baharu pada pengakhiran pengembaraan dan tidak perlu kembali ke Fort Tasis ataupun Launch Bay. Pemain juga dapat mengakses Forge semasa melalkukan misi, Strongholds dan Freeplay. Ia membolehkan pemain menukar gear tanpa perlu kembali ke Fort Tasis dan Launch Bay.

Selain itu, Bioware juga mengumumkan melalui Reddit, penambahan kandungan untuk permainan tersebut akan tertunda kerana mereka akan memfokuskan terlebih dahulu untuk meningkatkan kualiti permainan berbanding menambah kandungan baharu.

Anthem sudah dikeluarkan pada 22 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini