Skip to main content

Bloomberg minggu ini mengeluarkan laporan mengenai prestasi sahan Nintendo. Namun, selain bahagian perniagaan dan pelaburan yang bukan menjadi fokus kami adalah laporan tersebut juga mengatakan sesuatu berkait dengan laporan kami mengatakan yang Nintendo bakal mengeluarkan 2 versi baharu untuk Switch.

Menurut laporan Wall Street Journal, Nintendo akan mengeluarkan 2 versi baharu untuk Switch iaitu versi lebih murah ataupun kasual dan versi Pro yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi.

Menurut Bloomberg, berdasarkan sumber dalaman, Switch versi lebih murah akan dikeluarkan pada akhir bulan Jun tahun ini. Manakala versi Switch sedia ada akan menerima penambah-baikkan yang kecil, ia akan turut tiba pada tahun ini tetapi tiada perancangan untuk versi yang menyertakan spesifikasi lebih tinggi.

Selain bakal menjual Switch secara rasmi di China melalui kerjasama bersama dengan Tencent, mungkin Nintendo juga berharap untuk terus mengekalkan momentum penjualan konsol hibrid tersebut dengan mengemaskini dan juga mengeluarkan versi baharu.

Apa pendapat anda? Jika Switch menerima versi yang lebih murah, adakah ia akhirnya membuatkan anda membeli konsol tersebut?

Leave a Reply