Dry Bones merupakan Koopa Troopa yang hanya tinggal rangka, ia pertama kali menampilkan diri di dalam permainan Super Mario Bros. 3, selepas itu ia merupakan antara watak Super Mario yang dikenali ramai.
Nintendo hari ini mengumumkan yang Dry Bones akan menjadi watak seterusnya tiba untuk Mario Tennis Aces sebagai watak DLC percuma. Pemain dapat mencuba Dry Bones melalui kejohanan dalam talian yang dianjurkan sepanjang 1 Mei sehingga 31 Mei dan ia akan tiba untuk semua pada 1 Jun 2019.
Dry Bones akan menjadi watak ke-12 penambahan secara percuma menyertai 16 watak yang tiba semasa pengeluaran permainan.