Informasi Permainan Video Terkini
Sebanyak RM10 Juta Tiket Avengers: Endgame Terjual Di Malaysia

Sebanyak RM10 Juta Tiket Avengers: Endgame Terjual Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 23, 2019 oleh .

Marvels’ Studio Avengers: Endgame adalah filem ke-22 dalam fasa ketiga untuk MCU. Filem ini juga merupakan filem keempat Avengers, di mana ia adalah kesinambungan kepada Avengers: Infinity War. Tidak lupa juga yang filem ini turut akan mengumpulkan kesemua adiwira MCU dalam satu filem.

Esok, 24 April 2019 merupakan tarikh penting bagi peminat. Ini kerana, esok adalah hari tayangan filem ini bermula. Bagi yang mengikut perkembangan berita Avengers: Endgame, tiket filem ini telah mula dijual sejak 2 April lagi. Tiket Marvels’ Studio Avengers: Endgame di Malaysia telah terjual sebanyak RM10 Juta.

Selain itu, sempena kejayaan ini – Disney menyambut dengan mengadakan pertunjukan lampu dari dron yang berterbangan. Dron yang digunakan adalah dron, 300 Intel Shooting Star Drone. Dron-dron ini akan berterbangan dan membentuk logo-logo ikonik Avengers, termasuk Iron Man, Captain America, Thor dan Hulk.

Pertunjukan ini sudah pun diadakan sebentar tadi. Namun, mereka yang tidak berkesempatan dan/atau ingin saksikan lagi – ia akan diadakan sekali lagi pada 26 April 2019, Jumaat. Lokasi yang sama iaitu di Menara Kuala Lumpur.


TIPS & ULASAN