Acara tayangan perdana Avengers : End Game telah berlangsung di Los Angeles Convention Center beberapa jam yang lalu. Di Malaysia tayangan filem yang amat dinantikan ini akan berlangsung esok. Menarik sekali ketika acara tayangan perdana ini, dua pelakon wanita utama dilihat menggayakan aksesori bertemakan Infinity Gauntlet milik Thanos.

Rob Latour/Shutterstock

Scarlett Johansson dan Brie Larson memakai barang kemas dengan enam Infinity Stones pada tangan kiri mereka. Hanya mereka berdua dilihat memakai barang kemas bertemakan senjata paling berkuasa di dalam dunia MCU. Adakah ini petanda awal apakah yang akan berlaku di dalam filem ini kelak? Jawapan akan diketahui esok. Tetapi jangan lupa, janganlah anda membeberkan filem ini selepas menontonnya.

Rob Latour/Shutterstock

Sohor Kini