Bagi anda yang pernah bermain permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild, lokasi istana Hyrule sememangnya menjadi tumpuan anda dan keupayaan untuk meneroka kawasan tersebut merupakan bahagian permainan tersebut yang sangat dinantikan oleh pemain.
Meskipun begitu, ianya agak mengecewakan kerana sepanjang permainan tersebut, istana tersebut mengalami beberapa kerosakan dan kebanyakan bilik-bilik yang terdapat di istana tersebut tidak boleh diterokai.
Namun, bagi anda yang ingin menerokanya, anda kini boleh berbuat demikian melalui permainan Minecraft di mana 13 peminat, Team Kyo dari kumpulan Minecraft Partner Program dari Jepun telah menghasilkan istana Hyrule semula.
Menurut laporan Nintendo Life, istana tersebut dihasilkan selama 2 bulan dengan pelbagai lokasi yang terdapat di dalam istana tersebut yang mempunyai beberapa tingkat. Namun pautan untuk memuat-turun lokasi tersebut tidak dikongsikan oleh Nintendo. Namun kami percaya ianya boleh di akses untuk semua pada masa akan datang.