Skip to main content

Pokémon: Detective Pikachu adalah filem aksi nyata berdasarkan permainan Nintendo 3DS, Detective Pikachu yang dilancarkan pada tahun 2016. Filem aksi nyata ini mengisahkan Tim Goodman yang ingin mencari bapa beliau yang hilang. Tim pula akan dibantu oleh Pikachu, yang mendakwa beliau adalah sahabat kepada bapa Tim dan bapa Tim berada dalam keadaan bahaya.

Untuk mempromosikan filem ini, Ryan Reynolds – selaku suara kepada Pikachu telah menerbit satu video terbaru. Video ini memfokuskan keindahan dunia Pokémon. Walaupun ia adalah CGI, suasana, warna, pemandangan dan juga visual kelihatan sungguh menarik. Tambah pula dengan makhluk-makhluk Pokémon dari pelbagai spesis yang comel dan unik ia membuatkan saya sendiri terasa teruja.

Dalam artikel sebelum ini, pernah saya katakan yang filem ini mempunyai lebih 60 spesis Pokémon. Kemudian, suasana bandar Rhyme City pula dilihat mengekalkan elemen yang asli. Namun, untuk visual hebat – dalam filem ini ia menggabungkan suasana London dan juga Jepun. Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 10 Mei kelak. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply