Anda Kini Boleh Strim Muzik Latar Days Gone Di Spotify

Days Gone akan dilancarkan minggu ini dan bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan Days Gone, Sony hari ini mengumumkan bahawa muzik latar buat permainan tersebut kini boleh distrimkan melalui Spotify.

Melaluinya terdapat 25 muzik pilihan buat permainan tersebut termasuklah muzik permulaan permainan tersebut yang pasti peminat mengingatinya ketika pengumuman permainan tersebut di E3 2017 lepas.

Muzik tersebut ditulis oleh Nathan Whitehead di mana beliau terkenal dengan penglibatan muzik untuk filem The Purge: Election Year dan Transformers: Dark Of The Moon. Bagi anda yang berminat untuk menstrimkan muzik tersebut, anda boleh melayari laman rasmi Spotify di bawah.

Spotify: Muzik Latar Days Gone

Selain itu, John Garvin iaitu pengarah kreatif dari Bend Studio juga berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan bentuk dan kandungan permainan tersebut melalui video di atas.

Days Gone akan dilancarkan pada 26 April ini eksklusif di Playstation 4. Kami di Aksiz pasti akan berkongsi ulasan penuh permainan tersebut minggu ini.

Sohor Kini