Februari lepas, kita dikejutkan oleh EA dan Respawn dengan pelancaran permainan Apex Legends di mana permainan tersebut mendapat sambutan yang sangat baik sehingga mencapai 10 juta pemain dalam masa 3 hari sahaja.
Antara sebab populariti permainan tersebut meningkat adalah penstrim-penstrim terkenal di Twitch sering menstrimkan permainan tersebut dan antaranya adalah Ninja, seperti mana yang kami laporkan sebelum ini.
Akan tetapi, kebanyakan penstrim-penstrim yang menstrimkan permainan tersebut kebanyakan dibayar oleh EA dan sudah pastinya populariti permainan tersebut di laman Twitch bukanlah secara organik.

Ini sekaligus memberi kesan yang buruk di mana selang 2 bulan kemudian, kelihatan para penstrim juga tidak lagi bermain permainan tersebut sekaligus memberi kesan buat permainan Apex Legends di mana populariti permainan tersebut menjunam secara mendadak.
Berdasarkan imej di atas atas, jumlah Google juga berkurangan dan perhatian terhadap permainan tersebut semakin menjunam dan tidak setinggi ketika awal pelancarannya.

Tidak dinafikan bahawa Apex Legends tidak akan mencapai populariti seperti Fortnite di mana buat masa ini, berdasarkan imej di atas, buat masa ini permainan Fortnite masih lagi permainan yang mendapat jumlah penstriman yang tinggi di Twitch berbanding Apex Legends.

Perkara ini juga memberi kesan buat saham Electronic Arts sendiri di mana bulan April ini di mana ia menjunam seperti yang anda lihat di imej di atas.
Jelas sekali populari Apex Legends memberi kesan terhadap syarikat tersebut. Dengan semakin pudarnya permainan tersebut di kalangan pemain, EA dan Respawn Entertainment semestinya perlu melakukan sesuatu yang menarik kembali pemain-pemain.
Meskipun begitu, EA dan Respawn Entertainment harus diberi pujian dengan pelancaran Battle Pass mereka baru-baru ini dicampur dengan kandungan dan kemaskini yang mereka lancarkan, Apex Legends sememangnya adalah satu permainan pentempuran royale yang baik.
Namun, adakah permainan ini boleh bersaing dengan tibanya pelbagai permainan genre ini di pasaran? Tambahan dengan populariti Fortnite, PUBG Mobile di arena permua, mungkinkah Apex Legends akan ditinggalkan? Bagi anda yang masih main Apex Legends, tinggalkan pendapat anda dibawah.