Informasi Permainan Video Terkini
Marvel Mengicau Setiap Adegan Kredit Akhir Filem MCU Dalam Satu Bebenang

Marvel Mengicau Setiap Adegan Kredit Akhir Filem MCU Dalam Satu Bebenang

Diterbitkan pada Apr 23, 2019 oleh .

Hari demi hari menanti, berbaki satu hari sahaja lagi filem Avengers: Endgame bakal hadir ke layar perak di Malaysia. Esok 24 April adalah hari yang ramai nanti-nantikan. Untuk persediaan filem ini, Marvel telah mengicau setiap adegan kredit akhir (end credit scene) dari kesemua 21 filem MCU.

Mengejutkan, Marvel turut sertakan adegan kredit akhir filem Captain Marvel. Bagi mereka yang belum tonton filem Captain Marvel, ini mungkin adalah beberan untuk anda. Sedikit peringatan, adegan kredit akhir adalah adegan yang dipertontonkan selepas kesemua kredit tamat. Manakala, post credit scene pula adalah adegan yang dipertontonkan sebelum kredit penuh.

Baca Kenapa Avengers: Endgame Filem Penting Dalam MCU


TIPS & ULASAN