Sebelum ini, FTX Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permua khas berdasarkan TV Siri Breaking Bad dan kini, pra-pendaftaran untuk permua tersebut akhirnya dilancarkan melalui Google Play Store.

Breaking Bad: Criminal Elements merupakan permua yang meletakkan pemain untuk membina makmal dadah, seperti mana yang terdapat di dalam TV siri tersebut. Menariknya, pemain akan bekerjasama bersama Walter White dan Jesse Pinkman untuk menghasilkan makmal dari atas kenderaan RV, sehinggalah kepada makmal yang berteknologi tinggi.

Selain itu, pemain juga perlu memastikan keuntungan dan pada masa yang sama membuat pilihan untuk memastikan pemain tidak ditangkap oleh penguatkuasa.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Namun, FTX Games membuka pra-pendaftaran permua tersebut melalui Google Play Store di mana setiap 100,000 pendaftaran, pemain akan diberi ganjaran khas.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar buat permua Breaking Bad: Criminal Elements, anda boleh ke pautan di bawah.

Pra-Daftar: Breaking Bad: Criminal Elements

Sohor Kini