Skip to main content

Bagi anda yang meminati siri permainan penembak Raiden, anda pasti akan gembira dengan pengumuman terkini oleh MOSS di mana mereka akan membawa permainan Raiden V: Director’s Cut ke konsol Switch pada Jun ini.

Raiden V: Director’s Cut sebelum ini dilancarkan di Playstation 4 dan PC. Namun bagi versi Switch ini, MOSS akan mengemaskini dan menambah sebilangan kandungan baharu seperti sokongan untuk bermain secara dua pemain, suara latar dan bentuk kerosakkan kapal perang yang berbeza.

Tambahan itu, MOSS juga mengumumkan bahawa versi fizikal permainan tersebut juga akan menyertakan muzik latar permainan tersebut melalui cakera khas.

Bagi anda yang meminati siri Raiden, permainan ini sememangnya perlu menjadi sebahagian daripada koleksi anda. Akan tetapi, tarikh pelancaran tetap dan harga masih belum diumumkan.

Leave a Reply