Dreams merupakan permainan yang dibangunkan oleh Media Molecule di mana mereka terkenal dengan permainan Little Big Planet dan juga Tearaway. Permainan seterusnya oleh mereka, iaitu Dreams sebelum ini diacah beberapa kali ketika acara E3 dan Playstation Experience.

Terkini, Media Molecule akhirnya mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut secara akses awal dan akhirnya bermula hari ini, ianya dipasarkan di rantau Malaysia.

Melalui akses awal permainan Dream Universe ini, pemain berupaya untuk menghasilkan pelbagai set bilangan kandungan seperti permainannya tersendiri, muzik, animasi filem, seni dan sebagainya. Menariknya, permainan ini akan menyokong alat kawalan Playstation Move yang mana pemain boleh gunakannya untuk menghasilkan pelbagai jenis kandungan.

Selain itu, melalui versi akses awal ini juga, pemain juga akan dijanjikan pelbagai kandungan dna fungis baharu yang akan tiba buat permainan ini melalui kemaskini.

Meskipun begitu, memandangkan permainan ini dalam bentuk akses awal, Media Molecule menyatakan versi akhir permainan tersebut mungkin akan terdapat berubahan dan versi sedia ada ini mungkin akan terdapat pepijat. Mereka juga tidak menjanjikan bahawa kandungan yang pemain lakukan di dalam versi kini akan dibawa ketika permainan akhir kelak.

Walaupun begitu, bagi anda yang berminat dan ingin mencuba permainan Dreams Universe, anda boleh ke pautan di bawah untuk membelinya dengan harga RM129.

Beli PSN: Dreams Universe Early Access

Sohor Kini