Informasi Permainan Video Terkini
Tahap Kesukaran ‘Critical Mode’ Buat Kingdom Hearts 3 Bakal Tiba Esok

Tahap Kesukaran ‘Critical Mode’ Buat Kingdom Hearts 3 Bakal Tiba Esok

Diterbitkan pada Apr 23, 2019 oleh .

Seperti yang dijanjikan oleh Tetsuya Nomura sebelum ini, antara kemaskini permainan Kingdom Hearts 3 yang dinantikan oleh peminat iaitu mod tahap kesukaran yang lebih tinggi, ‘Critical Mode’ akhirnya diumumkan bakal tiba sebagai kemaskini percuma esok, iaitu 24 April 2019 ini.

Menurut kenyataan Tetsuya Nomura melalui akaun Twitter rasmi Kingdom Hearts, mod tersebut mempunyai sebilangan perubahan daripada permainan sebelum ini. Namun beliau tidak berkongsi dengan lebih lanjut berkenaannya.

Walaubagaimana pun, ini semestinya satu pengumuman yang pasti dinanti-nantikan oleh peminat yang ingin bermain permainan Kingdom Hearts 3 dengan tahap kesukaran yang lebih tinggi. Akan tetapi, maklumat lain berkenaan DLC mahupun kemaskini lain, mereka masih belum mengumumkannya lagi.

Kingdom Hearts 3 merupakan permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh Square-Enix di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Permainan tersebut mendapat sambutan ramai dengan bentuk rentas-francais antara watak Disney dan Square-Enix dan kami di Aksiz juga telah pun membuat-ulasannya dimana anda boleh membaca atau menontonnya di bawah.


TIPS & ULASAN