Tahun lepas, kita dikejutkan dengan acara khas antara Marvel dan Fortnite di mana pemain berupaya untuk bermain sebagai Thanos dan bertempur menggunakan Infinity Stones.

Kini tampaknya Epic Games dan Marvel sekali lagi akan mengadakan acara khas sempena filem Avengers terbaru mereka, iaitu Avengers: Endgame di mana mereka mengacahkan satu imej khas watak permainan Fortnite memakai perisai Captain America.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan dan juga mod permainan yang bakal tiba juga tidak dikongsikan. Namun apa yang pasti, berdasarkan kuciran akaun rasmi Twitter Fortnite, acara tersebut akan berlangsung pada 25 April 2019. Kami pasti akan berkongsikannya setelah Epic Games dan Marvel mengumumkannya kelak.

Fortnite merupakan permainan pertempuran royale yang dilancarkan di pelbagai platform termasuklah konsol, PC dan juga di peranti telefon pintar. Ianya boleh dimainkan secara percuma dan bagi anda yang masih belum bermainnya, anda boleh muat-turun di laman rasmi permainan tersebut.

Sohor Kini