Nintendo baru sahaja melancarkan kemaskini 3.0 dan watak DLC Challenger Pack pertamanya iaitu Joker dari Persona 5 buat permainan Super Smash Bros. Ultimate.
Namun, ketika pelancarannya, ianya terdapat beberapa masalah seperti pelayan Nintendo yang tiba-tiba tidak berfungsi. Walaupun masalah tersebut tampaknya sudah selesai, terdapat satu lagi masalah pepijat yang timbul berkenaan permainan tersebut.
Terkini, Twin Galaxies melaporkan bahawa watak Joker tersebut mungkin akan menyebabkan sesi permainan Super Smash Bros. Ultimate anda akan tergendala dan menyebabkan skrin terlekat. Ini dapat dibuktikan oleh pengguna Twitter SmashMarioPro di atas di mana ketika beliau menggunakan serangan akhir Smash Joker, animasi permainan tersebut terhenti ketika penghujung adegan serangan tersebut.
Namun menurut laporan, pepijat tersebut hanya terkesan melalui mod Classic sahaja dan bagi mod permainan lain seperti mod atas-talian dan World Of Light, ianya tidak menjadi masalah.
Sememangnya pepijat tersebut agak berbahaya kerana ianya mungkin akan merosakkan konsol Switch anda akibat anda perlu menutup konsol tersebut dengan paksa akibat skrin terlekat tersebut. Buat masa ini Nintendo masih belum berkongsi sebarang kemaskini dan bagi anda yang memiliki permainan tersebut. Pastikan anda berhati-hati ketika menggunakan Joker.