Bagi anda yang masih belum memiliki ataupun bermain permainan Street Fighter V, Capcom minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan edisi percubaan permainan tersebut bermula 24 April sehingga 6 Mei ini secara percuma di Playstation 4 dan PC melalui Steam.
Menurut Capcom, edisi percubaan tersebut akan menyertakan kesemua 16 watak asal yang disertakan buat permainan teras tersebut. Tambahan itu, Capcom juga akan menyertakan empat watak DLC khas untuk sesi ini iaitu Akuma, Blanka, Juri dan Menat.
Dari segi kandungan permainan, versi percubaan ini akan menyertakan pelbagai mod yang pemain boleh cuba seperti mod arked, mod perlawanan cabaran, latihan dan sebagainya.

Bersempena dengan pengumuman ini, Capcom juga mengumumkan kandungan tambahan seperti kostum daripada permainan Breath Of Fire II dan juga kostum klasik M. Bison juga bakal tiba sebagai kostum yang pemain boleh dapatkan.

Bercakap berkenaan kostum, Capcom juga menawarkan sebilangan kostum-kostum dengan harga promosi bermula $14.99(~RM62) untuk set-set berkas kostum buat pelbagai watak yang terdapat di dalam permainan ini.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Street Fighter V: Arcade Edition bermula minggu ini di Playstation 4 dan PC.